16.5.17

Keselamatan Maklumat

Polis sedang siasat macam mana maklumat siasatan tahfiz terbakar sudah tersebar. Siapa yang mula edarkannya. Siapa yang sama- sama share tanpa fikir kesan kepada famili, kawan dan polis. 

Saya amat berharap siapa yang telah share maklumat itu akan dipanggil berkongsi pengalaman di Balai Polis berdekatan.

Ancaman kepada maklumat disebut espionaj [espionage]. Ia itu percubaan untuk mendapatkan maklumat. Orang yang paling bahaya ialah kawan sendiri. Soalannya, pejabat ni tak beli ke alat-alat tulis? [soalan pertama] Korang beli dari siapa [soalan kedua]. Berapa harga dia bagi [Soalan ketiga].


Dengan sedikit janji-janji manis, maka maklumat di atas akan terkeluar. Ada tu, kena cabar sikit sudah cair. Nak pula yg jenis ckp besar.




Maklumat yg ada di pejabat kita perlu dijaga dengan baik kerana ramai yang hendak tahu. Dalam ramai-ramai itu, majoriti tidak perlu tahu kerana ia tiada kaitan dengan penugasan beliau. Ini disebut sebagai NEED TO KNOW BASIS. Asas perlu tahu.

Ada juga yang perlukan maklumat untuk kepentingan diri sendiri. CONTOH. Jabatan merancang untuk buat majlis.....orang yang ada bisnes catering atau yg ada kaitan dengannya perlu tahu maklumat ini lebih awal dari orang lain.

Maklumat kenaikan pangkat. Jika si polan dapat tahu...akan hebuh satu Jabatan. Tup tup...tak jadi. Kita sendiri boleh fikir apa yang boleh berlaku. Nak pulak orang yang tiada dalam senarai, tiba-tiba naik pangkat!


Ringkasnya, semua maklumat di pejabat adalah rahsia atau sulit. Tak payah nak cerita lagi.

Hanya pegawai atau staf tertentu yang akan maklumkan. Jangan dan tak perlu nak banyak songe.

BAGAIMANA HENDAK KAWAL MAKLUMAT
1.   Bukan semua benda boleh dibawa ke dalam mesyuarat.
2. Bukan semua orang boleh kerja dalam pejabat dan mengendali pelbagai maklumat.

Maklumat tidak boleh dikawal dgn teknologi yg paling canggih sebab mulut manusia tidak boleh ditutup. Maknanya, ibu kpd kelemahan kpd setiap teknologi, setiap SOP adalah manusia!

Itu sebab, maklumat boleh dibocorkan oleh pemandu, oleh pembawa teh, oleh pembawa surat dan oleh pekerja am pejabat. 

Paling sedih....oleh isteri sendiri!

Setiap orang kena jaga maklumat, tidak kira penting atau tidak. Setiap orang jangan cerita kepada anak, isteri dan pasangannya. 

KESAN BOCOR MAKLUMAT
1. Susah nak buat kerja, nak rancang & nak laksana sesuatu rancangan.
2. Segala rancangan akan terjejas.
3. Boleh rugi dari seringgit hingga 1 juta ringgit.
4. Boleh jejaskan keselamatan individu.
5. Boleh jatuhkan semangat orang yg nak betul2 kerja.

Kes-kes bocor maklumat

  • Soalan UPSR dan SPM bocor...ada yg kena masuk keluar mahkamah, ada yg turun pangkat, kena tukar, kena tindakan disiplin, malu, semua pelajar kena exam sekali lagi, rancangan cuti luar negara atau kenduri terjejas....
  • Kapal Selam Tidak Boleh Menyelam. Selepas di siasat, setiap pesawat ada masanya tidak boleh terbang [grounded], tidak boleh belayar [not sea worthy / dry dock] atau tidak boleh menyelam [not fit] untuk pemeriksaan biasa. Ia bukan kecacatan, tetapi satu kerosakan. Dan itu ada lah perkara biasa dalam hal hal teknikal.
  • Pengawal Kena Bayar Tambang Pergi Kursus. Selepas di siasat, sambil tunggu tunai yg telah di lulus, peserta kena guna duit sendiri. Sampai di destinasi, semua peserta diberi semula wang perbelanjaan mereka
  • Universiti Sembunyi Maklumat Kejadian Pelajar Dari Ibu Bapa. Ibu bapa hadir bersama pemberita buat komplen. Selepas di tunjuk surat pelajar mohon jangan maklum ibu bapa kerana tidak mahu mereka risau dan akan maklum sendiri bila sesuai....mereka pulang dgn penuh kecewa..


Lihat kesan bocor maklumat di atas. Itu lah masalahnya bila kita ada staf yg 'mulut longkang'