18.10.15

Martabat Orang Keselamatan

Dari polis tentera rela jpam bomba penjara.....semua pun mcm sampah jer. maaf saya cakap mcm ni sebab mcm tu lah kita semua.

insyaAllah ada beberapa individu sedang berusaha untuk memertabatkan kerjaya ini. semoga mereka semua berjaya.

cuma saya nak kongsi sikit pengalaman saya ini.

semasa bertugas dgn gomen, semua pakcik dan makcik berlagak mcm lebih tahu bab keselamatan. lebih tahu dari kita. saya trpaksa panggil dia makcik sebab dia seorang Prof tapi berlagak mcm makcik.

dia ada 3 orang pegawai. mereka semua termasuk makcik ni bertanggungjawab hal ehwal pelajar. student jatuh terkangkang kat jalan raya dan terus mati....keselamatan yg kelam-kabut. pegawai dia sorang pun tak ambil pot. bila duta negara China bising baru nak gelabah. yg best tu, kita pulak bergegas ke hospital, yg depa tu maian telipon jer!

student berkumpul secara tidak sah....keselamatan yg kena. sepatutnya pegawai dia yg mula2 turun padang untuk selesaikan isu.

di fakulti......suami isteri bergaduh.....keselamatan yg kena.

di Sabah ada isu.......bapak2 yg berkuasa kata nanti dulu.

di jalan raya ada isu.....bapak2 kata sekali-sekala je Datok...maka kita pun geram sebab jem. marah kat polis. polis pun tak boleh nak bersuara. hampir tiap bulan jalan kat dataran merdeka tutup sebab ada aktivti pengabih duit rakyat.

kecewa sungguh dgn perangai dan sikap staf gomen, dari drebar sampai la kpd menteri. paling busuk dia akan tanya, guard mana? apa dia ingat bila guard ada, semua boleh selesai ke. tambah pulak arahan kpd guard ialah, jgn itu, jgn ini.

ambil guard 5 orang, awak nak 5 orang sentiasa berada di pos atau meronda. awak ingat guard tidak berak tidak kencing tidak makan tidak solat dan tidak rehat.bayar 5 rgt satu jam, suruh keje mcm2 melebihkan bangla. kalau 5 rgt, sykt keselamatan kebas 2 rgt, guard tu nak makan apa?

ini baru peringkat gomen....belum lg peringkat swasta...pembaca fikir lah sendiri. 

kalau swasta lagi hebat dan kelakar. ada mamat tu [bekas Prof] siap suruh tabek dia pulak. belum matang ke apa dia nih. baik suruh cashier kat sogo sana tu tabek dia.

fikirlah sendiri, kalau kamu di tabek oleh guard samalah kamu ditabek cucu kamu. takda maknanya!

keutamaan swasta ialah, guard mesti wujud dan hadir sepanjang masa. kalau guard tu selekeh, tak tahu apa2, tak cukup tidur...itu semua tak penting. harga pulak mesti murah.

kesimpulannya, gomen atau swasta mmg bermasalah.

apa itu mertabat orang keselamatan? maknanya mereka ini sangat terlatih dan pelanggan mahu khidmat mereka. harga tidak penting.

ada orang sedang merancang bahawa nak jadi pengurus keselamatan, mesti orang yg ada kad metriks tertentu. kad ini bukan dijual di Giant tetapi orangnya mesti hadir kursus asas selama 120 jam [at least]. 

dan kemudian kena hadir beberapa siri kursus. jika tidak ada kad ini, maka dia tiada hak untuk jadi pengurus keselamatan. begitulah seterusnya hinggalah ke peringkat pengawal.

pelik tapi benar....Indonesia dah lama amalkan perkara ini. Cuma pada masa ini ia tertakluk kepada beberapa industri seperti bank dan hotel. Di Australia, dgn sykt tu kena denda sebab ambik orang yg tak qualified jadi pengurus keselamatan.

ramai rakyat Indonesia sanggup bergadai untuk hadir kursus selama sebulan hanya untuk jadi pengawal. pengawal di Indon mmg nmpk mcm askar dan polis.

semoga Malaysia ada political will untuk hal yang sama. jika tercapai, bolehlah mereka ini tuntut minima 1500 rgt untuk pengawal keselamatan. doa-doakan lah.


...bersambung....